-->

Notification

×

Iklan

Iklan

AS pengeksport LNG terbesar dunia

| Julai 26, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-26T06:37:11Z

Gambar hiasan kredit Grant Durr via unsplash


WASHINGTON—Amerika Syarikat menjadi pengeksport gas asli cecair (LNG) terbesar dunia setakat Jun berikutan Eropah bergantung kepada bekalan LNG AS selepas sekatan terhadap Rusia, lapor Sputnik, memetik Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).


“AS menjadi pengeksport LNG gas asli cecair terbesar di dunia pada separuh pertama 2022,” menurut kenyataan itu, memetik pangkalan data pasaran gas CEDIGAZ yang berpangkalan di Perancis pada Isnin.


Sejak akhir tahun lalu, negara-negara Eropah mengimport lebih banyak LNG bagi mengimbangi import bekalan gas melalui saluran paip Rusia yang lebih rendah dan bertujuan untuk penyimpanan gas asli. 


Import LNG bagi Kesatuan Eropah dan United Kingdom meningkat sebanyak 63 peratus pada separuh pertama 2022 iaitu purata 14.8 bilion kaki padu sehari (bcf/d).


Pada Jun, AS mengeksport 11 peratus kurang LNG daripada purata eksport 11.4 bcf/d dalam tempoh lima bulan pertama 2022, akibat gangguan di kemudahan eksport LNG Freeport. 


Freeport LNG dijangka menyambung semula operasi pada awal Oktober 2022.


Terdahulu pada Isnin, Rusia mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan bekalan gas di saluran paip Nord Stream 1 dengan kapasiti sekurang-kurangnya 20 peratus, merumitkan lagi keadaan bagi Kesatuan Eropah untuk memenuhi tangki simpanan gasnya menjelang musim sejuk.


"Eksport LNG AS terus berkembang atas tiga sebab - peningkatan kapasiti eksport LNG, peningkatan harga gas asli dan LNG antarabangsa, serta peningkatan permintaan global, khususnya di Eropah," menurut kenyataan itu.


EIA menganggarkan kapasiti eksport LNG AS telah berkembang sebanyak 1.9 bcf/d nominal (2.1 bcf/d puncak) sejak November 2021.


Harga gas asli dan LNG antarabangsa mencecah paras tertinggi pada suku terakhir 2021 dan separuh pertama 2022. 


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update