Notification

×

Iklan

Iklan

72 diperiksa dalam Ops Bersepadu Cegah Jenayah, 6 positif dadah

| Julai 09, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-09T09:49:35Z

KUCHING--Seramai 72 warga tempatan telah diperiksa dalam Ops Bersepadu Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dengan enam darinya didapati dadah positif.


Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata,pemeriksaan telah dilakukan ke atas empat premis pusat hiburan, enam buah hotel bajet serta pemeriksaan kawasan tumpuan awam.


"Hasil pemeriksaan dan saringan air kencing enam orang positif dadah dan ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dada Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, operasi itu dijalankan mulai jam 11 malam hingga 3 pagi tadi membabitkan seramai 52 pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.


"Kita akan sentiasa menjalankan risikan dan pemantauan ke atas pusat hiburan dan hotel bajet dalam usaha pencegahan jenayah di musim kompetisi," tegasnya.

×
Berita Terbaru Update