Lelaki punya 5 rekod kesalahan dadah antara 6 ditahan ketika berhibur


KUCHING—Enam lelaki ditahan kerana positif dadah jenis ketamin dengan salah seorang mereka memiliki lima rekod akhirnya kesalahan dada dalam satu operasi pihak polis di pusat hiburan sekitar Tabuan Jaya, di sini, malam tadi.


Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, operasi itu dijalankan bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mulai jam 9 malam hingga 2.30 pagi tadi.



"Seramai 42 individu warga tempatan terdiri dari 21 lelaki dan 21 wanita diperiksa dalam operasi itu," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, pemeriksaan air kencing yang mendapati enam lelaki positif dadah jenis ketamin.


"Mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dada Berbahaya 1952," tegasnya.

Next Post Previous Post