6 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang
![]() |
Kebakaran yang memusnahkan rumah di Kampung Pejuang Kelulit awal pagi tadi. Gambar Bomba Batu Niah |
BEKENU—Enam sekeluarga termasuk seorang wanita warga emas tinggal tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang diadami mereka ranap dalam satu kebakaran yang berlaku awal pagi tadi (1 Julai) di Kampung Pejuang Kelulit, Bekenu.
Api turut memusnahkan sebuah rumah tiada berpenghuni yang terletak hanya kurang dua meter dari rumah mangsa.
Pemangku Bomba Zon 6 Miri Ahmad Nizam Sapaiee, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 4.53 pagi.
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba Batu Niah telah bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 5.16 pagi," ujarnya.
Mujurlah kebakaran tersebut tidak melibatkan kecederan dan kemalangan jiwa,” katanya sambil lokasi kejadian terletak 23km dari Balai Bomba Batu Niah.
Ahmad Nizam berkata, pihak bomba berdepan kesukaran untuk masuk ke lokasi berikutan jalan ke kampung tersebut terlalu sempit.
Api berjaya dikawal sekitar 5.30 pagi dan operasi tamat 6.40 pagi.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.