-->

Notification

×

Iklan

Iklan

40 serbuan sepanjang tujuh bulan

| Julai 07, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-07T02:59:27Z
Gambar kredit PDRM

KUCHING-- Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching telah melakukan sebanyak 40 serbuan bagi menggempur kegiatan judi online dengan enam premis perniagaan dan 36 buah rumah kediaman telah dilaksanakan pemotongan elektrik sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.


Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, pihak polis dengan kerjasama Sesco telah mengambil tindakan drastik dengan melaksanakan pemotongan elektrik di tiga buah premis perniagaan dan lapan buah rumah kediaman dijadikan sebagai pusat pengoperasian perjudian online sekitar daerah Kuching.



Menurutnya, operasi bersepadu pemotongan elektrik itu dilakukan seorang pegawai dan empat anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah KPD Kuching dan Sesco mulai jam 9.35 pagi hingga 2 petang.


"Pemotongan bekalan elektrik ini dilakukan mengikut kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953(Akta 289)," katanya dalam kenyataan hari ini 


Katanya, berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953, mana-mana premis yang telah diputuskan bekalan elektrik tidak boleh disambungkan semula tanpa kebenaran Ketua Polis Daerah.


"Tujuan perlaksanaan undang-undang ini adalah bagi mengekang pertambahan kegiatan perjudian khususnya di daerah Kuching," ujarnya.

×
Berita Terbaru Update