Empat penagih dadah dicekup polis

Gambar: Laman rasmi PDRM Bintulu

BINTULU--Seorang lelaki warganegara asing, antara empat ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Bintulu di Jalan Abang Galau dan Jalan Tun Hussien Onn kerana terlihat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah pada Selasa.


Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit, kesemua suspek yang berusia antara 22 hingga 41 tahun itu disyaki terlibat dalam kegiatan penagihan dadah yang mana hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mengesahkan kesemua suspek positif mengambil dadah jenis Amphetamine.



"Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 untuk tindakan dan siasatan lanjut," jelasnya.


Sabit kesalahan, mereka berhadapan dengan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan dua tahun.


Tangkapan ini menurut Bartholomew merupakan salah satu usaha PDRM bagi memerangi kegiatan penyalahgunaan dadah, di samping mencegah aktiviti jenayah di Bintulu.


"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah boleh memaklumkan kepada pihak PDRM IPD Bintulu di talian 086-318304.

Next Post Previous Post