-->

Notification

×

Iklan

Iklan

20 minit tawan ular sawa seberat 40kg

| Julai 30, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-30T06:24:32Z
APM menunjukkan ular sawa batik seberat 40kg yang ditangkap. Gambar kredit APM

MIRI-- Kemunculan seekor ular sawa batik dari atas bim dinding sebuah rumah mengejutkan seorang wanita di Krokop Lorong 6 malam tadi.


Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri Kapten (PA) Usman Harto, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh pengadu, 50, pada 7. 54 malam.


"Anggota mengambil masa sekitar 20 minit untuk menangkap reptilia tersebut yang berada di atas bim dinding rumah pengadu.


Reptilia tersebut dianggarkan seberat 40 kilogram dan panjang tujuh meter, katanya dalam kenyataan hari ini.


Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.37 malam.

×
Berita Terbaru Update