30 pelajar diberi suntikan vaksin Covid-19 dengan satu picagari

30 pelajar disuntik, Vaksin Covid-19, Picagari
Gambar hiasan kredit Unsplash


NEW DELHI -- Seorang pelajar kejururawatan ditahan pihak berkuasa selepas didapati menggunakan satu picagari yang sama untuk menyuntik vaksin COVID-19 kepada lebih 30 pelajar sekolah menengah di India, lapor Agensi Anadolu. 


Menurut polis pelajar itu, Jitendra Ahirwar, yang dilatih untuk menjalankan program vaksinasi oleh jabatan kesihatan tempatan, ditahan awal minggu ini selepas didapati melakukan kesalahan itu di daerah Sagar, di Madhya Pradesh.


"Kami telah menahan lelaki itu. Dia telah menyuntik vaksin dengan menggunakan hanya satu picagari. Pelajar yang diberi vaksin selamat. Pelajar yang menerima vaksin itu selamat," kata pegawai polis daerah, Tarun Nayak.


Pegawai itu berkata kejadian berlaku pada Rabu semasa program vaksinasi mega sedang dijalankan di sebuah sekolah menengah.


Ahirwar, dalam video yang tular di media sosial, berkata dia tidak boleh dipersalahkan dan hanya diberikan satu picagari untuk melakukan vaksinasi.


Ketua Pegawai Perubatan dan Kesihatan daerah Sagar Dr Devendra Goswami berkata pegawai vaksinasi daerah itu juga telah digantung tugas dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.