2 cedera kemalangan 3 kenderaan

Gambar kredit Bomba

KUCHING— Dua cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 29, Jalan Kuching-Serian, dalam kejadian kira-kira 7.41 pagi tadi.


Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah Ford Ranger dan dua buah Proton Saga.


“Dalam kejadian itu, mangsa yang cedera ialah penumpang perempuan yang menaiki Ford Ranger dan pemandu Proton Saga warna putih seorang lelaki.


Mangsa perempuan yang cedera pada bahagian kepala dikeluarkan oleh bomba dan diserahkan kepada pihak ambulans. Manakala pemandu lelaki cedera di bahagian kaki dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS Bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gambar kredit Bomba

“Bomba telah mengeluarkan seorang mangsa di dalam kenderaan Ford Ranger dan memutuskan sambungan wayar bateri pada kesemua kenderaan terlibat kemalangan.


Katanya, seorang penumpang Ford Ranger dan dua penumpang Proton Saga coklat dilaporkan tidak cedera.


Bomba kemudian menjalankan kerja-kerja flushing, membersihkan serpihan kaca dan kesan minyak di lokasi kejadian.


Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.39 pagi.

Next Post Previous Post