-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Remaja maut motosikal bertembung MPV

| Julai 25, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-25T03:06:28Z
Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan di KM 18, Jalan Bau-Serikin malam tadi. Gambar Kredit PDRM

BAU— Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 18, Jalan Bau-Serikin di sini malam tadi.


Dalam kejadian sekitar 7.30 malam itu, mangsa beralamat dari Kampung Duyoh cedera di bahagian kepala dan anggota badan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.


Gambar Kredit PDRM


Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu motosikal dan MPV Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berusia 58 tahun.


Menurutnya, siasatan mendapati mangsa dari arah Bau dalam perjalanan menuju ke arah Kampung Serikin manakala wanita tersebut dari arah Serikin menuju ke Kuching.


“Apabila sampai di lokasi iaitu keadaan jalan lurus dan garisan berkembar, motosikal mangsa telah masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan MPV tersebut.


Ketika kemalangan, keadaan cuaca dilaporkan baik dan keadaan jalan lurus.


Akibat kemalangan itu, mangsa yang cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, semakan mendapati mangsa tidak mempunyai lesen memandu.


Mayat mangsa telah dibawa ke Rumah Mayat Hospital Bau. 


Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

×
Berita Terbaru Update