Warga emas hilang dari rumah

Lah Ajang, 83, dilaporkan hilang dari rumah sejak pukul 8.30 malam tadi. Gambar kredit keluarga mangsa.


MARUDI—Seorang lelaki warga emas berusia 83 tahun dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya malam tadi dari kediamannya di Golden Hill, Marudi.


Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, pihaknya dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa pada jam 8.30 malam tadi.


Anggota Bomba dari Balai Marudi di rumah anak mangsa di Golden Hill setelah dimaklumkan mengenai kehilangan ayahnya. Gambar kredit Bomba Marudi


Bertindak daripada laporan diterima, tiga anggota dari Balai Bomba Marudi telah digerakkan ke lokasi.


Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Lah Ajang, bersama anaknya duduk berehat di beranda luar rumah.


Namun, mangsa didapati hilang semasa anak beliau masuk ke dalam rumah dan apabila kembali keluar, anaknya mendapati ayah beliau sudah tiada di beranda tersebut.


Anak mangsa bersama beberapa ahli keluarg yang lain telah berusaha mencari ayahnya disekitar perumahan kawasan tersebut namun mangsa gagal dijumpai.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.