Wanita cedera langgar ambulans

Kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi dan ambulans di lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini, hari ini.



KUCHING—Seorang wanita cedera selepas kenderaan dipandunya melanggar sebuah ambulans di lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini, hari ini.


Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Bingkok John berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 11.35 pagi.



“Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan itu berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi yang bergerak lurus dari Jalan Green menuju ke Jalan Batu Lintang melanggar sebuah ambulans yang membawa seorang pesakit dari Hospital Sri Aman.


Akibat daripada kemalangan itu, pemandu berusia 45 tahun itu mengalami luka di bahagian tangan dan sakit di bahagian dada,” kata Bingkok dalam kenyataan hari ini.


Katanya, wanita berkenaan telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.


Manakala pemandu ambulans bersama empat penumpang terdiri daripada dua kakitangan kesihatan, seorang pesakit lelaki  dan seorang ahli keluarga pesakit tidak mengalami kecederaan.

Next Post Previous Post