Ular sawa 'sejukkan’ badan dalam mangkuk tandas

Ular sawa ditemui dalam mangkuk tandas

SIBU– Hasrat seorang remaja untuk membuang air kecil  terbantut selepas menemui seekor ular sawa di dalam mangkuk tandas rumahnya di Jalan Sie Poi Kheng di sini hari ini.


Borneo Network difahamkan, pengadu menyedari kehadiran reptilia itu ketika hendak menggunakan tandas.



“Keluarga pengadu kemudian menghubungi penangkap ular terkenal di bandar itu yang dikenali sebagai Lai,” katanya.


Menurut Lai, cuaca panas yang melampau menyebabkan ular tersebut mencari tempat yang sejuk dengan bersembunyi di dalam mangkuk tandas.


“Suhu panas menyebabkan reptilia berbisa ini cenderung memasuki rumah, justeru orang awam dinasihatkan menyalakan lampu pada waktu malam untuk keselamatan,” katanya.

Next Post Previous Post