Tujuh diberkas bergaduh guna senjata di parkir kereta
Kesemua suspek (barisan hadapan) dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri. Gambar Polis Miri |
MIRI--Dua wanita antara tujuh individu ditahan pihak polis pada malam Isnin kerana terlibat dalam satu pergaduhan yang berlaku di sebuah tempat letak kereta berhampiran Jalan Boulevard.
Menurut ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, turut dirampas semasa tangkapan yang dilakukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ) IPD Miri adalah beberapa senjata tajam dipercayai digunakan dalam kejadian.
Tangkapan dilakukan sekitar jam 10 malam Selasa.
"Kesemua suspek berusia antara 16 sehingga 33 tahun itu ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan berkumpul di kawasan tersebut," ujarnya.
Kini kesemua suspek ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri.
Punca kejadian masih lagi dalam siasatan.
Polis ingin menasihatkan orang awam supaya tidak mengambil sebarang tindakan diluar batas undang-undang untuk menyelesaikan segala permasalahan serta diminta untuk menyelesaikan masalah dengan saluran yang betul.
Katanya, perbuatan jenayah kekerasan yang mengancam keamanan dan ketenteraman bersama adalah ditegah sama sekali.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Kakisan dan Peraturan 25(n) Peraturan -peraturan Pendaftaran Negara (PPPN) 1990.