Lelaki tampar dan ugut bunuh adik, ibu ditahan

Suspek ditahan kerana dipercayai mencederakan dan mengugut adik perempuan dan ibunya di Luak, dekat sini.

MIRI-- Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menampar adik perempuan dan ibunya sebelum mengugut untuk membunuh mereka di Luak malam Isnin.


Dalam kejadian di sebuah rumah pekerja binaan sekitar jam 7 malam itu, suspek berusia 26 dikatakan telah mencederakan kedua-dua mangsa selain mengeluarkan kata ugutan.


Ibu suspek yang berusia 57 tahun kemudian membuat laporan polis.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, tangkapan dilakukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri pada selasa sekitar jam 4 petang di Luak.


Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.


Kes disiasat mengikut Seksyen 323, Seskyen 506 Kanun Keseksaan dan  Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga  2005.

Next Post Previous Post