Suspek pecah masuk tabika ditangkap selepas 5 tahun ‘diburu’

Suspek pecah masuk sebuah tabika lima tahun lalu ditahan selepas cap jari miliknya dikesan pihak polis di salah sebuah lokasi kejadian. Gambar kredit Polis

MIRI—Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk sebuah tabika lima tahun yang lalu akhirnya kantoi, selepas cap jari miliknya dikesan pihak polis di salah sebuah lokasi kejadian.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, berkata suspek berusia 28 tahun itu ditahan sekitar jam 9 pagi Jumaat untuk siasatan lanjut.


“Suspek dipercayai telah memecah masuk sebuah tabika di Jalan Lopeng dan melarikan beberapa barangan di dalam bangunan tersebut.


Kejadian dilaporkan berlaku pada 15 Mei pada tahun 2017 yang lalu,” katanya.


Suspek  dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untik siasatan lanjut dan disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Next Post Previous Post