Lelaki ditahan merayau di tempat parkir pesawat

Suspek ditahan menceroboh kawasan larangan di Lapangan Terbang Miri. Gambar kredit Polis Miri

MIRI— Seorang lelaki tempatan ditahan selepas bertindak menceroboh masuk ke kawasan parkir pesawat di Lapangan Terbang Miri, petang semalam.


Imej suspek berusia 30 tahun itu turut berjaya dirakam kamera litar tertutup  (CCTV) kawasan tersebut.


Borneo Network difahamkan, suspek meloloskan diri masuk kawasan larangan itu tanpa disedari anggota keselamatan Lapangan Terbang Miri.


Siasatan awal mendapati dari rakaman CCTV kawasan terbabit, kelibat suspek yang berbaju hoodie berwarna biru itu dilihat merayau-rayau dalam keadaan mencurigakan menghampiri salah sebuah pesawat MasWing yang sedang parkir.


Suspek akhirnya berjaya ditahan sekitar jam 3.30 petang oleh anggota keselamatan Lapangan Terbang Miri sebelum diserahkan kepada pihak polis.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek kini dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.


"Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 4 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan," jelasnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.