Rakyat UK dibebani harga minyak petrol yang kian meningkat

Rakyat United Kingdom (UK) terpaksa berbelanja kira-kira 100£ (RM548) bagi minyak petrol untuk mengisi kereta biasa. Gambar kredit Unsplash

UNITED KINGDOM— Rakyat United Kingdom (UK) terpaksa berbelanja kira-kira 100£ (RM548) bagi minyak petrol untuk mengisi kereta biasa.


Memetik laporan BBC News, keadaan itu menyebabkan kesukaran yang dialami penduduk UK dan memaksa mereka bekerja keras bagi menampung kos sara hidup yang kian meningkat akibat harga minyak yang terus melonjak.


Keadaan ini juga disebabkan peperangan di Ukraine yang membawa kepada sekatan terhadap import minyak dari Rusia yang diketuai Eropah.


Sebelum perang di Ukraine, Rusia merupakan pembekal kira-kira suku daripada minyak import kepada negara-negara Eropah.


Namun, UK bersama Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah membuat sekatan terhadap minyak import dari Rusia kerana negara berkenaan mencetuskan peperangan.


Antara yang terkesan dengan kenaikan harga minyak petrol, Gordon O’Neil yang bekerja sebagai pemandu di Consett, County Durham yang berdepan dengan cabaran dalam menjalankan tugas hariannya yang memerlukan dia memandu kira-kira 30 kilometer setiap hari untuk pergi bekerja.


Gordon Gambar kredit BBC


"Keadaan ini menyukarkan saya menyebabkan saya mahu mencari pekerjaan yang tidak jauh dari rumah untuk menjimatkan perbelanjaan minyak petrol," katanya kepada Radio 1 Newsbeat.


"Ini adalah keputusan yang sukar tetapi saya ada isteri, rumah dan anak-anak yang mana wang amat diperlukan untuk perbelanjaan yang lebih penting," tambah beliau.


Sementara itu, seorang jururawat di Flintshire, utara Wales, Olivia Wilson berkata, dia terpaksa membelanjakan kira-kira 55£ (RM301) untuk minyak petrolnya seminggu yang kini harga minyak petrol mencecah 195p seliter.


Olivia Gambar kredit BBC


"Sepanjang tujuh tahun saya memandu, tidak pernah mengalami pengalaman (minyak mahal) sebegini," jelasnya.


Pada Mac tahun ini, kerajaan telah memotong cukai minyak bagi petrol dan diesel 5p seliter.


Tetapi harga minyak masih menunjukkan peningkatan.


Teks asal kredit BBC

Next Post Previous Post