Dua Lelaki diberkas curi motosikal

Suspek ditahan kerana disyaki mencuri sebuah motosikal di Taman Duranda Emas. Gambar kredit Polis



KUCHING—Dua lelaki diberkas kerana mencuri sebuah motosikal di sebuah rumah di Taman Duranda Emas baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, seorang jurujual berusia 49 tahun membuat laporan kehilangan motosikal Modenas miliknya pada jam 11.30 malam 2 Jun lalu.


"Selepas balik bercuti menyambut Gawai dia mendapati motosikal yang diparkir di dalam kawasan rumah dalam keadaan berkunci telah hilang.


"Susulan laporan itu pihak polis telah menahan dua lelaki berusia 18 dan 24 tahun dalam Op Lejang pada jam 11.30 pagi semalam di Taman Duranda Emas," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,kedua-dua suspek yang rekod lampau berkaitan dadah  tidak mengaku terlibat sama dalam kejadian curi motosikal.


"Kedua-dua suspek ditahan di lokap Balai Polis Siburan dan akan direman mulai hari ini.


"Kedua-dua suspek akan menjalani ujian saringan awal air kencing dan akan disoal siasat lebih lanjut setelah reman diperolehi," jelasnya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.