Pemancing maut, mata kail tersangkut wayar kabel elektrik

Gambar hiasan kredit unsplash

KALIMANTAN SELATAN— Seorang lelaki ditemukan maut dengan mata kail tersangkut pada wayar kabel elektrik di Desa Sungai Salai, Daerah Candi Laras Utara dekat sini, semalam.


Memetik laporan Kompas, Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Tapin, AKP Agung Setiawan berkata mangsa merupakan seorang pemancing.


“Mangsa yang dalam keadaan masih memegang pancing ditemukan oleh orang awam yang kebetulan lalu di lokasi kejadian. Namun selepas melihat mata kail tersangkut pada wayar elektrik, tiada sesiapapun yang berani menghampiri.


“Mangsa dipercayai meninggal kerana terkena renjatan elektrik dari kabel elektrik tersebut,” katanya.


Agung menambah, pihak polis mendapatkan bantuan daripada petugas PLN untuk memutuskan bekalan elektrik bagi membolehkan badan mangsa dipindahkan.


Mangsa yang mengalami lecur dibahagian kaki disahkan meninggal dunia oleh kakitangan kesihatan daerah itu.

Next Post Previous Post