-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Kes cacar monyet dikesan babitkan pengembara transit di Singapura: MOH

| Jun 06, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-06-06T06:33:56Z
Gambar hiasan

SINGAPURA-- Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura pada 4 Jun lepas dimaklumkan Kementerian Kesihatan New South Wales, mengenai satu kes cacar monyet melibatkan pengembara yang transit di Singapura pada 2 Jun.


Dalam satu kenyataan pada Isnin, MOH memaklumkan bahawa pengembara itu tiba di Sydney pada 3 Jun dan disahkan positif cacar monyet. 


"Beliau berlepas dari Barcelona pada 1 Jun dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada 2 Jun. 


Beliau berada di kawasan transit di Lapangan Terbang Changi sebelum meneruskan perjalanan ke Sydney pada hari sama, dan tidak melawat kawasan lain di Lapangan Terbang Changi," menurut kementerian.


Memandangkan beliau tidak masuk ke Singapura atau berinteraksi dengan orang dalam komuniti, buat masa ini tiada risiko penularan komuniti yang ketara.


Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak MOH telah menjalankan pengesanan kontak untuk dua penerbangan yang terjejas dan mereka yang mungkin bersentuhan dengan pengembara itu di kawasan transit. 


MOH memutuskan tiada keperluan untuk kuarantin memandangkan tiada kontak rapat selepas penilaian dibuat. 


“Bagaimanapun, kami akan memantau 13 orang yang mungkin mempunyai kontak kasual selama 21 hari,” menurut kementerian itu.


Di bawah pemantauan itu mereka yang terlibat akan menerima panggilan telefon setiap hari untuk memastikan status kesihatan sehingga tamat pengawasan.


"Jika mereka melaporkan simptom yang menunjukkan jangkitan cacar monyet, mereka akan dinilai dari segi perubatan dan mungkin dihantar ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan untuk penilaian lanjut," menurut kementerian itu.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update