Mujur sempat lari, kelindan dan pemandu selamat selepas lori terbakar

Anggota bomba memadam kebakaran lori di Kilometer (KM) 19 Jalan Engkilili-Sri Aman petang tadi. Gambar kredit Bomba

ENGKILILI-- Seorang pemandu lori bersama kelindan berselisih maut selepas lori yang dinaiki mereka terbakar di Kilometer 19 Jalan Engkilili-Sri Aman petang tadi. 


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 3.05 petang tadi dan mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi. 



"Setiba pasukan bomba di tempat kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah lori di mana kebakaran telah memusnahkan lebih kurang 80 peratus. 


"Dimaklumkan juga kebakaran tersebut bermula dari bahagian enjin dan merebak dan membakar muatan tilam dan almari dibahagian belakang lori berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini. 


Jelasnya dalam kejadian itu, seorang kelindan melecur di tangan kiri.


Tambahnya, kebakaran itu tidak melibatkan kehilangan jiwa. 


"Pasukan bomba membuat kerja-kerja pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula, air dari tangki jentera sehingga api terkawal dan padam sepenuhnya. 


"Setelah keadaan didapati selamat pasukan bomba  berangkat balik ke balai," ujarnya. 


Operasi ditamatkan pada jam 3.46 petang


Dedahnya, punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

Next Post Previous Post