Lelaki ditahan bersama alat pecah rumah

Suspek ditahan kerana dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sini. Gambar kredit Polis Miri 

MIRI— Seorang lelaki warga asing, dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sini ditahan polis awal pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, berkata suspek berusia 24 tahun itu ditahan di belakang sebuah kedai di Morsjaya semasa Ops Pintu/Ops Gawai sekitar jam 3 pagi tadi.


“Suspek diberkas oleh anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri bersama unit kereta peronda (MPV).


Turut ditemui daripada suspek semasa pemeriksaan badan adalah beberapa peralatan pecah rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Peralatan pecah rumah yang turut dirampas. Gambar kredit Polis Miri 


Siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.


Suspek telah dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.


Kes disiasat mengikut Seksyen 35 (G) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Next Post Previous Post