Suami ditahan pukul isteri

Lelaki ditahan selepas dipercayai memukul isterinya di sebuah rumah panjang di Sekaloh, Niah pada Rabu lalu. Gambar kredit Polis 

MIRI— Belum pun reda dengan beberapa kes pukul pasangan yang dilaporkan berlaku semasa sambutan perayaan Gawai Dayak, satu lagi kes dilaporkan membabitkan seorang suri rumah di sini. 


Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, terbaru kejadian berlaku pada malam Rabu (2 Jun) sekitar pukul 10.45 malam di sebuah rumah panjang di Sekaloh, Niah.


“Seorang wanita dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian muka akibat dipukul oleh suaminya.


Susulan dimaklumkan mengenai kejadian, sepasukan anggota dari Balai Polis Batu Niah telah menahan suspek berusia 40 tahun untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau menambah, suspek telah dibawa ke lokap Balai Polis Batu Niah untuk siasatan lanjut.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.