Kail ikan dapat buaya

Reptilia itu kemudian  diserahkan kepada  Sarawak Forestry Corporation(SFC) untuk tindakan lanjut. Gambar kredit BBP Batu Niah

NIAH—Seorang penduduk kampung tidak menduga  pancing yang dipasang untuk menangkap ikan di sebuah sungai berhampiran rumahnya diragut seekor buaya berukuran hampir lapan kaki dekat Kampung Iran Suai, pagi tadi.


Pengadu yang terkejut kemudian menghubungi Balai Bomba da Penyelamat (BBP) Batu Niah untuk membantu menangkap buaya yang tersangkut pada pancing tersebut.


Menurut Ketua Balai Bomba Batu Niah Rary Binjie, seramai lima anggota dari Balai Bomba Batu Niah telah bergegas ke lokasi berkenaan selepas mendapat panggilan kecemasan sekitar jam 8.24 pagi. 


“Anggota bomba menggunakan penjerut khas untuk menangkap buaya tersebut. 


Mereka mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap buaya seberat 50kg itu. Buaya tersebut turut diikat dan bahagian muka dibalut menggunakan kain,” katanya ketika dihubungi Borneo Network.


Operasi tamat pada jam 9.23 pagi.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.