Dua maut, seorang parah dua 4WD bertembung

Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Sibu-Bintulu petang tadi. Gambar BBP Bintulu

TATAU—Dua lelaki maut selepas pacuan empat roda yang dinaiki keduanya bertembung dengan sebuah lagi 4WD di Jalan  Sibu-Bintulu pada jam 2.25 petang tadi.


Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, kedua-dua mangsa iaitu Billy Andrew, 27 dan seorang lagi rakannya, Henry Jugah, 49, disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kemalangan.



“Manakala seorang lagi mangsa, seorang lelaki berusia 47 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah dan mengalami patah paha," ujarnya.


Pasukan bomba katanya terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit pada bahagian kerusi pemandu kenderaan dan bahagian kerusi duduk penumpang hadapan.


Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk tujuan bedah siasat.


Mangsa yang mengalami kecederaan juga turut dihantar ke Hospital Bintulu untuk diberikan rawatan lanjut.

Next Post Previous Post