-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Korea Selatan naikkan kadar elektrik akibat peningkatan kos tenaga, inflasi

| Jun 27, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-06-27T10:32:50Z
Gambar hiasan kredit unsplash

SEOUL— Korea Selatan pada Isnin memaklumkan kadar elektrik bagi suku ketiga dan harga gas asli untuk kegunaan awam akan dinaikkan mulai bulan depan di tengah-tengah tekanan inflasi yang semakin meningkat.


Firma janakuasa kerajaan, Korea Electric Power Corp. (KEPCO) memaklumkan pihaknya akan menaikkan kos bahan api seunit yang diselaraskan -- sebanyak lima won (US$0.0039) setiap kilowatt jam bagi tempoh Julai-September.


Kerajaan meluluskan rancangan kenaikan kadar elektrik KEPCO pada Isnin, menurut Agensi Berita Yonhap.


Kementerian industri juga mengumumkan untuk menaikkan harga gas asli bagi isi rumah dan kegunaan komersial sebanyak 1.11 won setiap megajoule mulai Julai.


"Kenaikan tidak dapat dielakkan kerana harga minyak dan gas asli global telah melonjak dan mata wang tempatan terus susut.


“Kerajaan cuba mengekalkan kadar kenaikan pada tahap minimum memandangkan ia memberi kesan terhadap inflasi," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.


Langkah itu dikhuatiri akan melonjakkan lagi kadar inflasi.


 -- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update