Cedera dan ugut kekasih, warga emas ditahan


MIRI--Berang kerana mendakwa dirinya diburuk-burukkan teman wanitanya semasa sesi makan malam tadi, seorang lelaki warga tergamak menampar mangsa sehingga cedera.


Kejadian dilaporkan berlaku di kediaman pasangan tersebut di RPR Batu 6 Jalan Lutong-Pujut sekitar jam 9 malam.


Suspek, lelaki tempatan berusia 64 tahun itu dipercayai turut mengugut mencederakan mangsa, 47, sehingga lumpuh.


Sebelum kejadian, pasangan tersebut baru sahaja selesai menghadiri makan malam bersama rakan mereka.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu, suspek diberkas anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri pada awal pagi Rabu (1 Jun)  sekitar jam 12.15 pagi di Kampung Bakam.


"Tangkapan dilakukan sejurus dimaklumkan oleh mangsa mengenai kejadian," ujarnya.


Suspek telah dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.


Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Next Post Previous Post