44 biji telur buaya di Kampung Meranek dialihkan ke tempat selamat

Sebanyak 44 biji telur buaya dijumpai berhampiran kawasan Kampung Meranek dialihkan ke kawasan lain demi keselamatan penduduk. Gambar SFC


KOTA SAMARAHAN-- Sebanyak 44 biji telur buaya yang dijumpai di kawasan Kampung Meranek di sini telah dialihkan ke tempat yang selamat. 


Jurucakap Sarawak Forestry Corporation (SFC) menerusi kenyataan di Facebook rasminya hari ini berkata, semasa proses pengalihan, drone digunakan bagi memastikan keselamatan semua yang terlibat dalam operasi tersebut.


Pegawai SFC sedang memindahkan telur buaya di kawasan Kampung Meranek. Gambar SFC


"Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan terus melaporkan kepada SFC sekiranya menemui sarang buaya.  


"Untuk pengetahuan semua, semasa musim bersarang, buaya betina boleh menjadi agresif terutama dalam mempertahankan sarangnya," katanya. 


Gambar SFC


Terdahulu, Samarahan Crocodile Hunter turut membantu petugas SFC ke lokasi bagi mengenal pasti sarang buaya. 


Selepas SFC melakukan siasatan menguna drone untuk mengenal pasti lokasi dan keselamatan, kerja-kerja memindahkan 44 biji telur buaya di kawasan Kampung Meranek dijalankan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.