Cacar monyet: 643 kes dikesan di 26 negara setakat ini
ZURICH—Sekurang-kurangnya 643 kes cacar monyet telah direkodkan di 26 negara pada awal Jun, kata Ketua Penularan Penyakit dan Zoonosis, Program Kesihatan Kecemasan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Maria Van Kerkhove pada Khamis.
Beliau berkata sejak 13 Mei hingga 1 Jun, jumlah jangkitan keseluruhan mencecah 643 hingga 650, dengan pelbagai kes yang disyaki telah dikenal pasti.
Cacar monyet telah dilaporkan di 26 negara di empat wilayah setakat ini, dan kadar jangkitan tertinggi direkodkan di United Kingdom dengan 190 kes, Sepanyol (142), Portugal (119) manakala Jerman (44), lapor Sputnik.
Ahli epidemiologi pada masa ini perlu menilai risiko penularan cacar monyet di seluruh dunia, memeriksa genom virus dan mengesan kemungkinan mutasi, katanya.
Beratus-ratus kes cacar monyet telah direkodkan di negara Eropah, Australia, dan Amerika Syarikat sejak awal Mei.
Pegawai perubatan masih gagal mengenal pasti bagaimana ia merebak memandangkan wabak itu adalah endemik di negara-negara Afrika dan majoriti individu dijangkiti tidak mempunyai sebarang kaitan dengan orang Afrika mahupun berkunjung ke sana.
-- BERNAMA
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.