Bilik elektrik terbakar, tiada kemalangan jiwa

Anggota bomba bertindak memadamkan kebakaran  menggunakan Alat Pemadam Api (APA) jenis debu kering. Gambar kredit BBP Bintulu

BINTULU—Sebuah bilik elektrik milik syarikat Sarawak Energy Berhad (SEB) bertempat di Naim Paragon, Jalan Paragon Boulevard di sini dilaporkan terbakar, pagi semalam.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.24 pagi.


"Susulan laporan, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerah ke lokasi kejadian.


"Sejurus tiba, Komander Operasi mengesahkan kebakaran melibatkan bateri di dalam bilik tersebut," katanya.


Sementara itu kata PGO, pasukan bomba kemudian bertindak memadamkan kebakaran  menggunakan Alat Pemadam Api (APA) jenis debu kering. 


Tambah PGO lagi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 


"Setelah memastikan tiada lagi punca kebakaran, pasukan Bomba bertolak balik ke balai.

Next Post Previous Post