-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Kedai di Spaoh nyaris hangus akibat litar pintas

| Jun 06, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-06-06T08:53:01Z
Sebuah kedai di Spaoh nyaris hangus akibat litar pintar Gambar kredit Bomba Betong

SPAOH— Sebuah kedai nyaris hangus akibat litar pintas di sini pagi tadi.


Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong selaku Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Jusmandie Jamaie berkata, mereka menerima panggilan kecemasan daripada pemilik kedai sekitar jam 11.48 pagi.




Katanya, seramai tujuh anggota dikerah ke lokasi kedai tersebut yang terletak di pasar Spaoh.


"Sejurus sampai di tempat kejadian didapati hanya berlaku litar pintas melibatkan wayar bumi yang berada di dalam lantai koridor luar kedai. 


Pihak bomba hanya bertindak mencabut fius utama dan memastikan keadaan selamat," katanya.


Walau bagaimanapun, Bomba menasihati pemilik kedai untuk berhati-hati dan memohon kepada agensi berkaitan bagi menyelesaikan masalah itu.


Katanya, litar pintas tersebut dipercayai berpunca daripada maalah pendawaian elektrik atau peralatan yang mengalami kerosakan.

×
Berita Terbaru Update