Wanita Indonesia dijumpai mati dengan kesan tikaman, dipercayai dibunuh

Keadaan di luar bangunan kedai tempat seorang wanita warga Indonesia ditemukan mati dipercayai dibunuh petang tadi.


KUCHING— Seorang wanita Indonesia dijumpai mati dipercayai dibunuh, di tingkat tiga sebuah rumah kedai di Batu Kawa di sini petang tadi. 



Difahamkan mangsa dikenali sebagai Novi Afed, 35, dipercayai ditikam beberapa kali oleh individu yang tidak dikenali yang dipercayai berlaku sekitar jam 5.30 petang. 



Menurut pengusaha kedai kopi, mangsa dikatakan berasal Kalimantan Barat, tinggal bersama seorang anak perempuannya berusia dalam lingkungan 5 tahun. 


Dikatakan kanak-kanak tersebut berlari keluar dari rumahnya dan pergi ke kedai kopi pengusaha tersebut. 


Kerana mengenali ibu dan kanak-kanak itu, dia membawa kanak-kanak tersebut balik ke rumah. 



Sebaik tiba di rumah (mangsa), dia ternampak mangsa dalam keadaan berlumur darah dengan lehernya dikelar dan ditikam beberapa kali. 


Pengusaha kedai kopi tersebut kemudian meninggalkan rumah tersebut bersama-sama anak mangsa dan membuat laporan polis. 



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu. 


Wartawan kami di lapangan mendapati polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian

Next Post Previous Post