Dua pemandu mabuk ditahan

Gambar Polis Sibu

SIBU— Polis menahan dua lelaki yang memandu kenderaan masing-masing dalam keadaan mabuk semasa Op Mabuk sempena Hari Gawai  dekat sini pada Jumaat.


Mereka ditahan semasa pemeriksaan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sibu.


Kedua-dua pemandu telah di bawa ke Balai Polis Trafik dan kes disiasat di bawah sek 45(1) APJ 1987. 


Kedua-duanya dipercayai memandu dalam keadaan kandungan alkohol dalam badan melebihi had yang ditetapkan.


Sabit kesalahan, boleh didenda RM10,000 dan tidak melebihi daripada RM30,000 dan penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.


Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang jalan raya terutamanya di musim perayaan.

Next Post Previous Post