Kanak-Kanak maut, empat parah kemalangan

Keadaan kemalangan di membabitkab sebuah kereta dan lori muatan sawit di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri petang tadi. Gambar kredit Polis Trafik Bintulu


BINTULU—Seorang maut manakala empat lagi mengalami kecederaan parah selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori sarat muatan sawit di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri pada jam 3.30 petang tadi.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Bingkok John berkata, mangsa maut dikenali sebagai Micheal Tyson Unding Ngelai berusia 11 tahun.


"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia semasa diberikan rawatan di Zon Merah Hospital Bintulu pada jam 5.45 petang," ujarnya.



Pemandu kereta terbabit  yang merupakan lelaki berusia 52 tahun, wanita berusia 46 tahun dan dua lagi penumpang kanak-kanak berusia 7 dan 8 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah," jelas Bingkok.


Pemandu lori terbabit yang merupakan seorang lelaki berusia 59 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.


Beliau berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati semasa kejadian, kereta dan lori terbabit dikatakan sedang bergerak seiring dari arah Samalaju menghala ke pusat bandar.



"Sampai di lokasi kejadian, lori terbabit  yang sedang bergerak di laluan kiri tiba-tiba masuk ke laluan kanan dan  hendak membelok masuk ke simpang sebelah kanan hingga mengakibatkan kereta terbabit melanggar bahagian tepi kanan lori terbabit," jelasnya.


Impak dari perlanggaran ini menyebabkan kereta berkenan hilang kawalan lalu terbabas ke lorong bertentangan dan masuk ke dalam parit besar tepi jalan.


Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Next Post Previous Post