Tak masuk ajar cari kerja, abang cederakan adik guna pisau

Suspek ditahan polis selepas disyaki mencederakan adiknya.

MIRI--Akibat adik tidak masuk diajar mencari pekerjaan kerana sudah terlalu lama 'menanam buah anggur', seorang lelaki seperti sudah hilang sabar lalu menumbuk mangsa sebelum mencederakannya menggunakan sebilah pisau.


Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah rumah di Bandar Baru Permyjaya tengah malam Ahad (29 Mei) sekitar jam 12.30 pagi.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, susulan menerima laporan kejadian, suspek berusia 28 tahun itu telah ditahan dan sebilah pisau dipercayai telah digunakan dalan kejadian turut dirampas.


Sementara adik lelakinya berusia 25 tahun telah dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan.


Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada tangan kanan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Suspek direman selama empat hari bermula semalam.

Next Post Previous Post