Penunggang maut motosikal terbabas, langgar pembahagi jalan



KUCHING-- Seorang penunggang maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan yang berlaku di Jalan McDougall, di sini awal pagi tadi. 


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Bingkok John berkata, mangsa dikenali sebagai Mohammad Khairol Nizam Karim, 34, beralamat di Lorong B6, RPR Batu 12, Jalan Kuching Serian, cedera di dada disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


"Sekitar jam 2.10 pagi, Petugas kaunter Aduan trafik Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kuching dimaklumkan oleh petugas Pusat kawalan Kuching mengatakan ada satu kemalangan jalan raya melibatkan seorang penunggang motosikal. 


"Siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal ditunggang mangsa yang datang dari arah Jalan Tabuan menuju ke Jalan Tun Abang Haji Openg seorang diri telah terbabas sendiri lalu melanggar pembahagi jalan," katanya dalam kenyataan hari ini. 


Jelasnya, akibat kemalangan itu mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan. 


"Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada mangsa yang telah hilang kawalan," ujarnya. 


Bingkok memberitahu, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut. 


Tegasnya, kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.