Suspek kes bunuh di Jalan KCM Landeh berjaya ditangkap

Gambar hiasan

KUCHING-- Dua suspek yang disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya dijumpai petang semalam dengan kesan darah dan sebilah pisau pemotong sayur di dalam semak di Jalan KCM Landeh, Taman KCM Landeh berjaya ditangkap malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad yang mengesahkan tangkapan itu berkata suspek terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita, ditahan sekitar jam 11.30 malam di sebuah rumah di Lorong KCM 3, Taman KCM Landeh, Batu 10.

"Kedua-dua suspek ditangkap oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Padawan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, beberapa barang kes turut ditemui dan dirampas.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.