-->

Notification

×

Iklan

Iklan

10 peniaga ditahan ketika leka judi belangkas dalam pasar

| Mei 15, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-15T07:50:06Z
Gambar Polis Kedah

ALOR SETAR-- Polis menahan 10 peniaga yang sedang leka bermain judi belangkas di dalam sebuah pasar besar di Jalan Tunku Abdul Rahman, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah Datuk G.Suresh Kumar berkata tangkapan pada 2.30 pagi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah menerusi Op Khas JSJ, Op Aidilfitri dan Op Dadu.


“Ketika serbuan, semua lelaki berusia 37 hingga 66 tahun itu sedang berkumpul dan mengelilingi sebuah meja batu serta disyaki sedang bermain judi jenis belangkas.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemuanya yang merupakan peniaga di pasar berkenaan telah mula bermain judi belangkas selepas perayaan Aidilfitri lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata pelbagai barang yang digunakan untuk bermain judi berkenaan termasuk pinggan, bungkusan plastik berisi beras, buah dadu bergambar dan wang tunai berjumlah RM620 turut dirampas.

Katanya mereka dibawa ke Balai Polis Alor Setar untuk siasatan mengikut Seksyen 6(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

-- BERNAMA
×
Berita Terbaru Update