Sarawak Oil Palms catat untung bersih hampir dua kali ganda


KUALA LUMPUR—Keuntungan bersih Sarawak Oil Palms Bhd melonjak kepada RM194.99 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022 daripada RM79.06 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.


Hasil pada suku tersebut hampir dua kali ganda kepada RM1.43 bilion daripada RM788.32 juta tahun ke tahun.


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pemilik ladang dan pengilang kelapa sawit itu berkata  peningkatan hasil dan pendapatan terutamanya disebabkan oleh purata harga direalisasi yang lebih tinggi bagi produk minyak sawit yang dijual.


Katanya pendapatan sesahamnya juga meningkat kepada 34.09 sen pada suku pertama 2022 berbanding 13.84 sen setahun sebelumnya.


Melangkah ke hadapan, Sarawak Oil Palms berkata prestasinya akan terus didorong oleh pengeluaran buah tandan segar dan pergerakan harga produk sawit.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post