Kereta terbabas, seorang tersepit


KANOWIT-- Pasukan bomba tampil menghulurkan bantuan bagi mengeluarkan seorang mangsa yang terperangkap dalam kenderaan selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Ngungun di sini tengah hari tadi. 


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 11.49 tengah hari tadi. 



"Kawalan Kanowit terima kes dialamat berkenaan dan keluaran jentera telah ke lokasi.


"Setibanya di lokasi Komander Operasi melaporkan kemalangan kendiri melibatkan Toyota Rush yang terbabas dibahu jalan.


"Terdapat seorang mangsa cedera dan masih didalam kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini. 



Berikutan itu, jelasnya, bomba menggunakan konsep RECEO bagi membantu mangsa. 


"Pasukan bomba mengeluarkan mangsa menggunakan papan spina.


"Mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Next Post Previous Post