Pemuda mengamuk rosakkan motosikal, bakar katil ibu


MIRI--Tidak cukup dengan hanya merosakkan sebuah motosikal milik ibunya, seorang pemuda dari Kampung Dagang Bekenu bertindak membakar katil mangsa selepas meminta sejumlah wang tidak dituruti.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada Ahad (15 Mei) lepas sekitar jam 9 malam itu, suspek berusia 30 tahun itu tiba-tiba 'naik minyak' selepas ibunya enggan menuruti kehendaknya.

Mujur mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Susulan kejadian, pihak polis telah menahan suspek pagi tadi di perkarangan Hospital Miri untuk tindakan lanjut.

"Suspek ditahan sekitar jam 11.50 pagi tadi untuk siasatan lanjut berhubung kejadian," ujar Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu.

Kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Suspek telah dibawa dan ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri.

Next Post Previous Post