Rumah separuh kekal musnah dalam kebakaran

Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamk kebakaran yang memusnahkan rumah separuh kekal di Kampung Hilir Sri Aman hari ini. Gambar bomba

SRI AMAN— Sebuah rumah jenis separuh kekal musnah selepas terbakar dalam kejadian yang berlaku di Kampung Hilir Sri Aman, dekat sini hari ini.


Jurucakap dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 pagi.



Susulan itu, seramai 13 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam.


“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan keluasan rumah yang terbakar dianggarkan berukuran 30' x 50' dua tingkat jenis separuh kekal telah musnah seratus peratus.


Mujurlah kebakaran tiada melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Operasi tamat pada jam 8.29 pagi.

Next Post Previous Post