Polis siasat insiden lelaki maut terjatuh

Mayat mangsa ditemukan sekitar jam 8 pagi tadi.

MIRI—Kematian seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Jalan Boulevard 2A, Pusat Komersial Boulevard di sini, diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kematian lelaki tersebut.


Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Miri bagi proses bedah siasat.


Polis sedang menyiasat kejadian lelaki maut terjatuh dari sebuah bangunan Pusat Komersial Boulevard.


"Setakat ini kea diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan punca kejadian masih dalam siasatan polis,"katanya di sini hari ini.


Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai terjatuh dari unit sebuah bangunan ditemukan terbaring ditengah laluan menuju ke kawasan parkir di bahagian belakang bangunan.


Mayat mangsa ditemukan sekitar jam 8 pagi tadi.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.