-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Pos Malaysa catat kerugian RM30.37 juta

| Mei 25, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-25T13:33:33Z
Hasil juga berkurangan sebanyak 18.6 peratus kepada RM484.35 juta daripada RM595.28 juta tahun lalu. Gambar arkib 

KUALA LUMPUR—Perkhidmatan kurier nasional, Pos Malaysia Bhd mencatat kerugian bersih yang lebih rendah pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 (S1 TK22) kepada RM30.37 juta daripada RM46.78 juta tahun lalu.


Hasil juga berkurangan sebanyak 18.6 peratus kepada RM484.35 juta daripada RM595.28 juta tahun lalu, disebabkan terutamanya kelembapan pesanan dalam talian berikutan pelonggaran sekatan pergerakan COVID-19 dan perubahan yang terhasil dalam tingkah laku pengguna.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Charles Brewer berkata walaupun berdepan landskap operasi yang mencabar, prestasi S1 itu adalah bukti bahawa transformasinya mula memberikan hasil.


"Kami melihat banyak peluang untuk peningkatan. Walau bagaimanapun, kami juga mengambil berat tentang cabaran sedia ada yang berkaitan dengan pasaran yang berterusan dalam sumber, tekanan inflasi ke atas kos dan permintaan, dan kekurangan persaingan yang adil dalam penghantaran bungkusan ke pintu pelanggan, yang akan terus mewujudkan tekanan kepada hasil,” katanya.


Brewer berkata kumpulan itu akan terus memacu pelan transformasinya, mengukuhkan teras dan membina kepercayaan bagi menghubungkan kehidupan dan perniagaan untuk memberikan prestasi yang lebih baik pada tahun ini.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update