Video pergaduhan: Polis Sandakan tahan 21 pelajar sekolah


SANDAKAN— Polis menahan 21 pelajar dan seorang bekas pelajar daripada tiga sekolah berasingan hari ini yang disyaki terlibat dalam pergaduhan yang tular di laman Facebok semalam.


Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata penahanan suspek yang berumur dari 14 hingga 18 tahun dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan. 


"Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada salah faham antara mereka.


Pihak polis akan melengkapkan kertas siasatan untuk dimajukan kepada pejabat Peguam Negara bagi mendapat arahan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.


Dalam video berdurasi 21 saat itu, sekumpulan pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah menengah bergaduh sehingga ke jalan raya dipercayai berlaku di Jalan Elopura di sini kira-kira 2 petang semalam.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.