-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Polis tahan lima individu tawar pekerjaan sebagai penipu

| Mei 25, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-25T13:27:53Z


JOHOR BAHRU—Polis Johor menahan lima individu selepas dipercayai menipu dengan menawarkan peluang pekerjaan bergaji lumayan, sebaliknya ‘kerja’ yang ditawarkan adalh sebagai penipu atau ‘scammer.


Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lima individu itu ditahan di sekitar bandar raya, dalam minggu ini.


Beliau berkata mangsa yang kononnya diberikan peluang pekerjaan, sebaliknya dikumpulkan di suatu tempat sebelum diserahkan kepada sindiket bagi dijadikan scammer yang menghubungi orang ramai untuk melakukan penipuan.


“Siasatan masih dijalankan bagi mengesan dalang dan ahli sindiket lain,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Pencegahan Jenayah Komuniti dan Bual Bicara Bersama Ketua Polis Johor di sini hari ini.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update