-->

Notification

×

Iklan

Iklan

PJM mampu jana nilai jualan RM500 bilion tahun ini, Nanta

| Mei 21, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-21T12:22:28Z
SekitarProgram Jualan Malaysia  “Rancak Hari Gawai” di Pekan Song hari ini. Gambar FB Datuk Seri Alexander Nanta Linggi 

SIBU— Program Jualan Malaysia (PJM) yang diusahakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) seluruh negara dijangka mampu menjana dan menyumbang kepada sasaran nilai jualan sebanyak RM500 bilion menjelang akhir tahun ini.


Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata program itu menyokong usaha pemulihan ekonomi menerusi sektor perdagangan, pengedaran dan peruncitan berteraskan konsep 3R iaitu Recovery (pemulihan), Revive (menghidupkan semula) dan Revitalise (merancakkan).



Menurutnya, bermula awal tahun ini PJM Tahun Baru 2022 diadakan serentak dengan Jualan Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur,  PJM “Rancak Aidilfitri” di Nilai, Negeri Sembilan dan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.


“Manakala PJM “Rancak Hari Gawai” diadakan di Pekan Song dan Kapit merupakan kesinambungan segmen perayaan ini dalam usaha menggalakkan ahli Keluarga Malaysia keluar berbelanja secara fizikal dalam suasana norma baru yang selamat dan meriah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Terdahulu beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit menghadiri Program Jualan Malaysia “Rancak Hari Gawai” di Pekan Song hari ini dan akan menghadiri program serupa di pekarangan Dewan Suarah Kapit esok.



Nanta berkata berdasarkan statistik terkini Jabatan Perangkaan Malaysia, sektor perdagangan dan pengedaran telah merekodkan nilai jualan berjumlah RM48.8 billion sepanjang Februari lepas yang merupakan pertumbuhan sebanyak 10.2 peratus berbanding tempoh yang sama  tahun lepas.


Beliau berkata pencapaian tersebut dijangka dapat ditingkatkan lagi dengan pelbagai inisiatif yang diambil kementeriannya khususnya menerusi PJM sepanjang tahun ini dengan memberi penekanan kepada segmen musim perayaan utama Keluarga Malaysia.


“Kementerian akan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat khususnya pemain industri peruncitan untuk terus memastikan ekosistem sektor tersebut kekal berdaya saing dan berdaya maju dalam merancakkan kembali ekonomi negara,” tambahnya.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update