Pasangan kekasih dicekup salah guna dadah

Gambar kredit polis

MIRI—Pasangan kekasih ditahan polis dari  Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Miri pada Isnin lalu bersama lapan paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal dipercayai dadah jenis Methamphetame seberat 6.60gram bernilai RM660.


Tangkapan dilakukan sekitar jam 2.50 petang dalam satu serbuan ke atas sebuah bilik sewa di Jalan Teocheow di sini.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu, tangkapan dilakukan sekitar jam 2.50 petang.


"Kedua-dua suspek berusia 33 dan 39 tahun itu ditahan di dalam bilik sewa mereka dan semasa pemeriksaan lanjut, anggota polis telah menemukan lapan paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis Methaphetamine," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.



Hasil siasatan awal mendapati kedua -dua suspek telah terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah sejak dua tahun yang lalu.


Difahamkan, kedua-dua suspek terbabit tidak bekerja.


Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1)Akta Dadah Berbahaya 1952.

Next Post Previous Post