Maklumat cepat, tindakan pantas PDRM, pencuri kabel ditangkap

Polis menahan dua lelaki  yang disyaki mencuri kabel di Jalan Stakan. Gambar Polis 

KOTA SAMARAHAN—Dua lelaki yang sedang leka memotong kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi di tepi Jalan Stakan awal pagi tadi. 


Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Sudirman Kram berkata, suspek berusia 29 dan 30 tahun itu ditangkap sekitar jam 4.30 pagi berikutan maklumat yang diterima Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Kota Samarahan berhubung jenayah curi kabel di kawasan tersebut. 


"Bertindak ke atas maklumat tersebut, dua kereta peronda (MPV) yang menjalankan tugas rondaan Op Bersepadu Cegah Jenayah telah diatur gerak ke lokasi kejadian. 


"Semasa tiba di Jalan Stakan, telah terserempak dengan dua lelaki yang sedang memotong kabel milik salah sebuah syarikat telekomunikasi di tepi jalan tersebut," katanya dalam kenyataan hari. 



Jelasnya kedua-dua suspek telah dikepung dan berjaya ditangkap.


Tambahnya, pemeriksaan awal di lokasi tangkapan, polis telah menjumpai sebuah motosikal dan sebahagian wayar telekom yang telah dipotong. 


"Turut dijumpai juga pelbagai peralatan untuk memotong kabel. 


"Ekoran itu, rampasan telah dibuat k eatas beberapa barang iaitu sebuah motosikal, dua bilah kapak, sebilah parang, seunit gergaji besi, seunit tukul, seunit pemotong wayar, seunit beg pinggang, seunit telefon bimbit dan gulungan wayar yang telah dipotong. 


Dedahnya lagi, kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau. 


"Kedua-dua suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Kota Samarahan untuk tindakan lanjut," tegas Sudirman. 


Dalam pada itu, beliau memberitahu kes curi kabel adalah penyumbang kepada peningkatan kes jenayah harta benda dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan pada Jan April 2022 di Kota Samarahan. 


"Polis yakin dengan tertangkapnya suspek-suspek ini akan dapat menyelesaikan beberapa kes kecurian kabel dan lain-lain kes kecurian di dalam daerah Kota Samarahan.


"Polis telah meningkatkan usaha daripada sudut risikan dan operasi pencegahan jenayah untuk memastikan perlakuan jenayah terutamanya jenayah harta benda dapat dibendung dan oelaku jenayah dibawa kepada muka pengadilan," ujarnya.

Next Post Previous Post